Título: Media Jgn Putar Belit Kenyataan Pemimpin PR
Autor: batugiling
Categoria: Notícias e política
Descrição: Media usah putar belit kenyataan pemimpin pakatan rakyat
Tasek Gelugor,8 April (Tvpas)-Pengamal media di Negara ini diingatkan tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Dalam majlis 'Pidato Perdana' anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata, media sepatutnya membantu pakatan rakyat yang bakal menggantikan Barisan Nasional yang diibaratkan beliau sudah reput dimakan anai-anai.
"Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai." ujar Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Jalinan yang kukuh antara parti dalam pakatan rakyat juga katanya mampu menyelamatkan Negara daripada terus dicemuh akibat gelala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dikalangan pemimpin.
"Pakatan Rakyat mahukan keutuhan jalinan antara parti yang menganggotainya agar negara ini dapat diselamatkan daripada cemuhan rakyat dan pandangan negara luar yang selama ini beranggapan Malaysia bersih daripada anasir korupsi." tambahnya di hadapan ribuan hadirin.
Umno juga perlu membuat perubahan drastik dengan menghapuskan sistem kroni, rasuah politik, memulihkan sistem kehakiman, kepolisan, membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan menghapuskan Akta Universiti (Auku) atau mesin cetak untuk kelonggaran akhbar menyampaikan maklumat sebenar.
Berceramah sama dalam program termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
http://www.tvpas.com/
EKSKLUSIF : TEMURAMAH BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH, YAB UST AZIZAN B ABDUL RAZAK
Mengupas kondisi semasa negeri Kedah dan perancangan perancangan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
http://www.tvpas.com/
Duração: 1:27
Tags: dap media pakatan pas pkr rakyat tv3 utusan
Tags para Busca na Web: dap media pakatan pas pkr rakyat tv3 utusan